Sunday, January 26, 2025

Menjelang Nisfu Syaaban

Selamat Menyambut Bulan Syaaban 1446 Hijrah

In sya ALLAH, tahun ini Bulan Syaaban akan bermula pada 1 haribulan Syaaban 1446(H) pada Hari Jumaat, bersamaan 31 Januari 2025 (M).

Menurut Hadis Rasullullah saw, dari Anas bin Malik ra, sabda Baginda bermaksud: "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan ku (Rasullullah saw) dan Ramadhan adalah bulan umatku"

Dalam bulan Syaaban umat Islam digalakkan membanyakkan amalan seperti mengerjakan Solat-solat sunat, berpuasa, berzikir atau selawat atas Nabi saw. Keistimewaan yang ketara dalam bulan in ialah Malam Nisfu Syaaban. Yang bererti pertengah bulan Syaaban atau pada 15 haribulan Syaaban 1446. Tahun ini jatuh pada hari Khamis (malam), 13 Februari 2025 / Hari Jumaat (siang), 14 Februari 2025.

Menurut riwayat, Saidatina Aisyah ra menerangkan, bahwa pada Malam Nisfu Syaaban Rasulullah saw mendirikan solat hingga pagi. Baginda pernah bersabda: "Malam ini Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini diangkat segala amalan hambaNya ke langit. Pada malam ini ALLAH membebaskan ahli neraka yang ramai seperti bulu-bulu kambing bani Kalb"



Panduan:
  • Doa Nisfu Syaaban lebih afdal dibaca setelah Solat Isyak atau di waktu Qiamullail (Solat Sunat Tahajud). Boleh juga dibaca pada 14 atau 15 haribulan Syaaban.
  • Sebaik-baiknya baca Surah Yaasin 3 kali
  • Bacaan doa dan maknanya seperti berikut:

   

Lelaman Utama

Hak pencipta terpelihara
10 Dec 2024 (Asmahani)

Saturday, December 28, 2024

Selamat Menyambut Bulan Rejab 1446




Sempena Kedatangan Bulan Rejab 1446H pada Hari Sabtu, 1hb Rejab 1446. Bersamaan 1 Januari 2025.

Pengertian Rejab ertinya "mulia".  Bulan Rejab bulan mulia, dinamai oleh bangsa Arab dahulu sejak sebelum datang Hijrah Bulan Rejab mereka sudah memuliakan. Nabi saw menganjurkan supaya kita mengerjakan puasa sunat pada bulan ini

Menurut Hadith Rasulullah saw yang bermaksud: "Di dalam syurga ada sebuah sungai yang dinamai Rejab. Airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan, lebih dingin dari salji. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab akan diberi Allah minum air sungai itu" (HR Al-Baihaqi)
Dari Hadith yang lain Rasulullah saw bersabda: "Di dalam syurga ada sebuah istana megah untuk orang -orang yang berpuasa dalam bulan Rejab" (HR Tabrani)

Doa dari Syeikh Abdul Qadir Jailani untuk menyambut awal Rejab

"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yand Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" 
- Surah Al-Isra, ayat 01.


 Di antara keistimewaan Bulan Rejab adalah terjadinya sejarah Isra' dan Mikraj Rasulullah saw pada Malam 27 Rejab sebelum Hijrah. Sila lihat Kronologi dan Ibrah - Isra' dan Mikraj





Bertemu di Bulan Rejab sekali lagi.


Salam Sejahtera pada anda dan Selamat
Bertemu di Bulan Rejab sekali lagi.
Di sini saya lampirkan doa yang dibaca oleh
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani:


  

Lelaman Utama

Wednesday, December 11, 2024

Salam dari AsmaRA




Gambar dipetik pada April 2014, bersama Samsiah,
Armarhumah Hjh Habiba (emak) dan Hamidah (Kakak) 
pada hari Majlis Walimah di Jurong West

 Salam Sejahtera pada anda yang memasuki Blog ASMARA ini. Dalam menglungsuri Blog ini, saya ingin mengundang anda untuk mengenali dan menjadi ahlinya.


Pengertian ASMARA ialah nama saya sendiri Asma Bte Ali dan nama panggilan saya ialah Rohani. Jadi kedua nama saya bila digabongkan menjadi Asmahani. AsmaRA adalah Asma @ Rohani Ali.

Konsep blog ini merupakan koleksi Hadis-hadis Rasullullah saw, madah-madah atau kata-kata atau ungkapan-ungkapan yang saya kumpulkan dari orang-orang yang ternama atau ahli-ahli falsafah.

Saya hanya ingin berkongsi pengetahuan saya yang sedikit melalui bahan-bahan bacaan saya, kelas-kelas agama yang saya pernah hadiri dan ceramah agama. Semua ini untuk saya mengingati diri saya dan anda pembaca semua. Saya juga akan cuba melampirkan beberapa resepi-resipi dan foto-foto keluarga atau teman-teman saya. InsyaAllah semua ini boleh anda dapati sedikit masa lagi.


SEMUGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT FAEDAH DAN MENAFAAT. INSYAALLAH.

Sunday, July 14, 2024

Sirah Hari Asyura


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura' yang bererti sepuloh (10). Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan para Anbiya (Nabi2 dan Rasul2) yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

·    Nabi Adam as - ALLAH menerima taubat Nabi Adam as,.
·    Nabi Idris as diangkat oleh ALLAH ke langit (syurga).
·    Nabi Nuh as diselamatkan ALLAH keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
·    Nabi Ibrahim as diselamatkan ALLAH dari pembakaran Raja Namrud.
·    ALLAH menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
·    Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
·    Penglihatan Nabi Yaakob as yang kabur dipulihkkan ALLAH.
·    Nabi Ayub as dipulihkan ALLAH dari penyakit kulit yang dideritainya.
·    Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
·    Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
·    Kesalahan Nabi Daud diampuni ALLAH.
·    Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
·    Hari pertama ALLAH menciptakan alam.
·    Hari Pertama ALLAH menurunkan rahmat.
·    Hari pertama ALLAH menurunkan hujan.
·    ALLAH menjadikan 'Arasy.
·    ALLAH menjadikan Luh Mahfuz.
·    ALLAH menjadikan alam.
·    ALLAH menjadikan Malaikat Jibril.
·    Nabi Isa as diangkat ke langit berserta jasad baginda.

Monday, July 1, 2024

Salam Maal Hijrah 1442

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442
1hb Muharam 1446H, Ahad
Bersamaan 7 Julai 2024


Digalakkan membaca Doa Akhir Tahun (sila lihat lampiran di bawah) pada penghujung Bulan Zulhijjah. Pada 29 Zulhijjah selepas waktu 'Asar ketika hampir terbenam matahari, bacalah doa ini sebanyak 3 kali. Kemudian pada hari yang sama masuknya waktu Maghrib, hendaklah dibaca Doa Awal Tahun sebanyak 3 kali sebelum mengerjakan Solat Maghrib.






Terdapat juga beberapa sejarah terdapat di Bulan Muharram ini, terutama pada 10 Muharram yang beberapa kejadian besar berlaku pada Para Rasul dan Nabi (Pesuruh) ALLAH swt. Saya singkap ringkasan sejarah Para Rasul dan Nabi ALLAH. 10 Muharram juga dinamakan Hari Asyura.  (klik di sini)
Wassalam...Mudah2an kita ketemu lagi pada 10 Muharram 1446 (Bersamaan 16 Julai 2024)

Lelaman Asmara (
(Di kemaskini pada 1 Julai 2024)

Sunday, May 21, 2023

Hadis-Hadis Nabi saw - Koleksi Imam Bukhari ra

Hadis-Hadis yang dikumpulkan oleh Imam Bukhari ra


Imam Bukhari ra pernah berkata:

"Saya tidak pernah meriwayatkan sebuah hadis sekalipun yang diterima daripada sahabat atau tabi`in, melainkan saya mengetahui tarikh kelahiran sebahagian besar mereka hari wafat dan tempat tinggal mereka.

Demikian juga saya tidak meriwayatkan hadis sahabat dan tabi`in yakni hadis-hadis mauquf, kecuali ada dasarnya yang saya ketahui dari Kitabullah dan sunnah Rasullullah

Oleh kerana itu beliau telah memilih 7,625 buah hadis yang sahih, kerana menepati takrif. Dirakamkan hadis-hadis itu dalam sebuah buku berjudul Al-Jami al - Sahih.





1. “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya”

2. “Allah itu cemburu dan manusia juga cemburu, kecemburuan Allah ialah apabila hambaNya yang melanggar laranganNya”

3. “Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang Islam (dalam apa jua perkara pun) sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tiadalah boleh mendengar dan taat”

4. “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu”

5. Dari Abdullah bin Abbas ra melaporkan, 'Rasullullah bersabda, 'ALLAH melaknat lelaki yang berlagak seperti perempuan dan perempuan yang berlagak seperti lelaki'

6. Abdullah bin Umar melaporkan, katanya, 'Kami dilarang menyusahkan diri dalam hal yang tidak perlu.'

7. ALLAH yang maha tinggi berkata pada utusanNya, “Katakan wahai Muhammad pada kaum mu,'Saya tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini. Saya bukan daripada kalangan orang yang mengada-adakan arahan”

8. “Wahai para pemuda, barangsiapa yang telah mampu hendaknya kahwin, sebab kahwin akan lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan, kalau belum mampu harap berpuasa, kerana puasa akan menjadi perisai baginya.” (Riwayat bersama Imam Muslim)

9. “Wanita itu dikahwini kerana empat sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat.” (Riwayat bersama Imam Muslim)

10. Rasulullah saw bersabda: "Dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati.'

11. Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi daripada penjual minyak wangi sama ada membelinya atau tidak. Sedangkan daripada tukang besi, kamu akan berasa bahang atau kain mu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap.

12. Rasulullah saw bersabda: "Sungguh ALLAH lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir."

13. Daripada Anas r.a. bahwa Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.


Usaha dan Tawakal

14. Dalam satu riwayat Nabi saw telah menegur seorang Arab Badwi yang membiarkan untanya merayau-rayau dengan bersabda: "Ikatlah ia (unta) dan kemudian hendaklah kamu bertawakal."
(Hadis riwayat Tirmizi)

15. Berhubung dengan perubatan mengenai penyakit, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Berubatlah wahai hamba ALLAH. Sesungguhnya ALLAH telah menjadikan penyakit dan ubat." (Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah)

16. "Tidaklah mengurangkan tawakal dengan mengunci rumah ketika keluar dari rumah atau ketika menambat unta (kenderaan), kerana semua itu dikenali sebagai sunnah ALLAH."



Hakcipta Terpelihara
Dikemaskini oleh Asmahani
(28 Nov 2023))

Sunday, September 4, 2022

Para Sahabat Nabi (saw) dan Ulamak





Kali ini saya lampirkan cebisan kata-kata pujangga terkenal dari Timur Tengah termasuk dari beberapa orang sahabat Rasullullah saw; para Ulamak dan ahli fikir. Setiap madah-madah yang tersurat punya pengertian yang tersirat.
Justeru ruangan ini saya khaskan hanya untuk koleksi madah-madah dari pujangga-pujangga terkenal seperti yang tersenarai di bawah, contohnya Saidina Ali Bin Abu Talib ra, Lukman al-Hakim, dan sebagainya
Keseluruhan madah-madah di sini dari rancangan Radio - Madah dan Lagu atau bahan-bahan bacaan, seperti majalah dan sebagainya.
Ungkapan Kata-kata dari:


Para Sahabat Nabi sawUlamakPujangga Timur Tengah
Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra,
Saidina Umar ibn Al-Khatab ra,
Saidina Ali Bin Abu Talib ra,
Lukman Ul-Hakim,
Imam Al-Ghazali,
Imam As-Shafie,
Imam Al-Muslim,

Imam Nawawi

Abdullah Ibnu Abbas,

Mohd Bashir Al-Ibrahim,
Al-Mukmin Al-Tanawi,
At-Tabrani,



Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra:
Beliau merupakan Khalifah Pertama setelah kewafatan Rasullullah saw dan seorang sahabat Baginda yang sangat mengasihi Baginda Nabi saw. Adalah ayahanda kepada Saidatina Aishah ra, sekaligus merupakan ayah mertua Rasullullah saw. Mendapat panggilan Abi Bakr atau Abu Bakr yang bermaksud bapa dara. Yang mana Saidatina Aishah satu-satunya seorang gadis yang Nabi saw nikahi.
Saidina Abu Bakar ra adalah satu-satu sahabat Nabi saw, yang menemani Baginda berhijrah ke Madinah. Beliau juga menemani Baginda Rasul bersembunyi di dalam gua ketika mereka dikejar oleh orang Quraish sewaktu perjalanan ke Madinah.

* Barangsiapa yang sanggup menangis maka hendaklah dia menangis. Dan barangsiapa yang tidak sanggup menangis maka hendaklah dia buat-buat menangis.

* Ingin aku menjadi kuda sahaja kerana aku takut pada siksaan Allah




Saidina Umar ibn Al-Khatab ra:
Beliau merupakan Khalifah Kedua setelah kewafatan Rasullullah saw dan seorang sahabat Baginda yang banyak mengumpulkan keratan-keratan Al-Quran. Saidina Umar ra. sangat terkenal dengan sifat keberaniannya. Orang-orang Quraish sangat gerun mendengar nama Saidina Umar.

* Periksa dirimu sebelum kamu diperiksa Tuhan

* Pemimpin negara yang paling celaka dan terkutuk ialah pemimpin yang menyebabkan rakyatnya banyak ditimpa bahaya kerana salah langkah-langkahnya

* Duduklah bersama-sama orang-orang yang bertaubat kerana mereka itu orang yang halus hatinya.

* Barangsiapa yang ikhlas niatnya, nescaya ia dicukupkan oleh Allah Taala di antaranya dengan manusia

* Aku tidak peduli apa yang akan terjadi pada diriku, menjadi kaya atau miskin. Sesungguhnya aku tidak tahu manakah di antara keduanya itu lebih baik bagiku

* Amal perbuatan yang afdhal ialah menunaikan apa yang difardhu oleh Allah Taala, warak (menjaga diri) dari apa yang diharamkan oleh Allah Taala, benar niat pada apa yang di sisi Allah Taala

* Haruslah engkau bersabar, dan ketahuilah bahawa sabar itu dua yang utama iaitu sabar pada waktu musibah dan yang paling utama sabar daripada melakukan apa yang diharamkan oleh Allah Taala. Sabar itu dengan memiliki iman. Taqwa itu kebajikan yang utama dan taqwa itu dengan sabar.





Saidina Ali Bin Abu Talib ra:
Beliau merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam setelah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul, kerana beliau adalag anak angkat Rasullullah saw. Beliau adalah golongan pemuda Islam yang sekaligus menjadi menantu Baginda Rasul saw yang paling banyak mewarisi khazanah wahyu dan hadis Rasullullah. Kata-kata hikmat dari beliau:

* Iman itu dibangunkan di atas empat tiang iaitu yakin, sabar, jihad dan adil.

* Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan kepada dirinya, menjadi kusir (saiz) kepada nafsunya dan menjadi kapten kepada bahtera hidupnya.

* Sabar itu ada dua macam:
Sabar dalam menyingkirkan apa yang kamu tidak suka dan Sabar dalam mengejar apa yang kamu suka.


* Harga kebaikan manusia ialah menurut apa yang telah dikerjakannya.

* Orang yang hanya memikirkan tentang urusan-urusan perutnya, maka harga dirinya serupalah dengan apa yang keluar dari perutnya

* Kecantikan dan kemuliaan sesaorang itu tidaklah pada lagak pakaiannya, tetapi kecantikan ialah pada ilmu dan kemurahannya.

* Kedudukan sabar dalam iman ibarat kedudukan kepala bagi tubuh, tidak ada tubuh tanpa kepala dan begitu juga tidak ada iman tanpa adanya sabar.

* Ilmu itu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu menjaga kamu tetapi harta, kamu terpaksa menjaganya. Ilmu juga semakin banyak jika kamu pelajari tetapi harta, semakin berkurang jika kamu perolehi.

* Dunia ini kegelapan, ilmu adalah sinarnya. Sedangkan ilmu tanpa kebenaran adalah ilmu tanpa sinar.

* Manusia itu bersembunyi di bawah lidahnya.

* Semua bekas-bekas akan menjadi sempit kiranya diisi kecuali otak manusia yang diisi dengan ilmu pengetahuan.

* Tawarkan jiwamu pada masyarakat dengan harga semurah-murahnya.

* Tiada sesiapa yang dapat menyembunyikan sesuatu, kecuali timbul dalam kesasulan lidahnya atau pada airmatanya.

* Siapa tetap ingatkan kematian maka kehidupannya akan penuh diliputi dengan kesucian.

* Carilah kawan yang setia dan carilah ilmu dengan bersungguh-sungguh. Cakap kawan setia yang jujur lebih besar harganya daripada harta yang diwarisi oleh nenek moyang.

* Cantik muka dan busuk hati samalah dengan pelita di atas kubur majusi.

* Kalau kau mencari kesenangan dengan nafsu maka ingatlah kiranya hanya di perut maka keldai lebih banyak makanannya. Kalau hanya berkelamin maka babi lebih berjaya dari itu.



Lukman Ul-Hakim:

* Hati manusia itu ladang. Tanamlah padanya perkataan perkataan yang baik-baik.Supaya jika tidak tumbuh semuanya akan tumbuh sebahagiannya.

* Wahai anakku jadikan lah dirimu seperti garam agar dapat menyelamatkan ikan. Jangan lah kamu jadikan dirimu langau yang boleh menjadikan ikan busuk.

* Jika engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu
Jika engkau berada di dalam orang ramai, jagalah lidahmu dan
Jika engkau berada di dalam majlis, jagalah perangaimu

* Jadikan lah takwa pada Allah sebagai perniagaan nescaya akan datang pada engkau keuntungan tanpa jualan

* Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat itu belum banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh itu lebih dari cukup

* Ada 3 jenis manusia yang dikenali di dalam 3 perkara:
I - Seorang yang lembut hati dikenali ketika dalam kemarahan
II - Seorang yang berani dikenali sewaktu dalam perjuangan
III- Seorang saudara sebenar akan dikenali ketika dalam keperluan


* Contohilah ikan oleh kerana jiwanya hidup, ia tidak dapat dimasinkan oleh air laut
* Dengan pengalaman sendiri lebih besar kesannya daripada orang lain

* Hai anak-anakku. Janganlah engkau tangguhkan taubat sesungguhnya mati itu datang dengan tiba-tiba