Pengertian Muharram ialah "yang diharamkan" atau "yang dipantangkan". Disebut Muharram yang membawa erti dilarang berperang atau menumpahkan darah.
Bulan Muharram dihitung sebagai bulan Islam yang pertama dalam Tahun Hijrah adalah merupakan pendapat Khalifah Umar bin Al-Khattab. Beliau menilai bahawa hijrah Rasulullah saw ke Madinah adalah merupakan peristiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.
Peristiwa penghijrahan Nabi saw, mengikut pendapat Saidina Umar ra, sebagai bebasnya Rasulullah dari ancaman maut dan gangguan orang-orang kafir Quraish, Mekah ketika itu.
- Puasa sunat Muharram
Rasulullah pernah menjelaskan: "Seutama-utama solat selepas solat fardhu adalah solat di waktu malam (Tahajud). Dan seutama-utama puasa selain puasa bulan Ramadhan adalah pada bulan Allah, iaitu Muharram" - Hadith Riwayat Muslim
- Bersedekah, Mandi Sunat, Menyantuni (berbuat baik pada) Anak Yatim dan Melihat Orang Sakit
- Mengerjakan Solat Sunat Muharram
- Membaca Doa Awal Muharram