Sunday, May 21, 2023

Hadis-Hadis Nabi saw - Koleksi Imam Bukhari ra

Hadis-Hadis yang dikumpulkan oleh Imam Bukhari ra


Imam Bukhari ra pernah berkata:

"Saya tidak pernah meriwayatkan sebuah hadis sekalipun yang diterima daripada sahabat atau tabi`in, melainkan saya mengetahui tarikh kelahiran sebahagian besar mereka hari wafat dan tempat tinggal mereka.

Demikian juga saya tidak meriwayatkan hadis sahabat dan tabi`in yakni hadis-hadis mauquf, kecuali ada dasarnya yang saya ketahui dari Kitabullah dan sunnah Rasullullah

Oleh kerana itu beliau telah memilih 7,625 buah hadis yang sahih, kerana menepati takrif. Dirakamkan hadis-hadis itu dalam sebuah buku berjudul Al-Jami al - Sahih.





1. “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya”

2. “Allah itu cemburu dan manusia juga cemburu, kecemburuan Allah ialah apabila hambaNya yang melanggar laranganNya”

3. “Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang Islam (dalam apa jua perkara pun) sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tiadalah boleh mendengar dan taat”

4. “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu”

5. Dari Abdullah bin Abbas ra melaporkan, 'Rasullullah bersabda, 'ALLAH melaknat lelaki yang berlagak seperti perempuan dan perempuan yang berlagak seperti lelaki'

6. Abdullah bin Umar melaporkan, katanya, 'Kami dilarang menyusahkan diri dalam hal yang tidak perlu.'

7. ALLAH yang maha tinggi berkata pada utusanNya, “Katakan wahai Muhammad pada kaum mu,'Saya tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini. Saya bukan daripada kalangan orang yang mengada-adakan arahan”

8. “Wahai para pemuda, barangsiapa yang telah mampu hendaknya kahwin, sebab kahwin akan lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan, kalau belum mampu harap berpuasa, kerana puasa akan menjadi perisai baginya.” (Riwayat bersama Imam Muslim)

9. “Wanita itu dikahwini kerana empat sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat.” (Riwayat bersama Imam Muslim)

10. Rasulullah saw bersabda: "Dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati.'

11. Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi daripada penjual minyak wangi sama ada membelinya atau tidak. Sedangkan daripada tukang besi, kamu akan berasa bahang atau kain mu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap.

12. Rasulullah saw bersabda: "Sungguh ALLAH lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir."

13. Daripada Anas r.a. bahwa Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.


Usaha dan Tawakal

14. Dalam satu riwayat Nabi saw telah menegur seorang Arab Badwi yang membiarkan untanya merayau-rayau dengan bersabda: "Ikatlah ia (unta) dan kemudian hendaklah kamu bertawakal."
(Hadis riwayat Tirmizi)

15. Berhubung dengan perubatan mengenai penyakit, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Berubatlah wahai hamba ALLAH. Sesungguhnya ALLAH telah menjadikan penyakit dan ubat." (Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah)

16. "Tidaklah mengurangkan tawakal dengan mengunci rumah ketika keluar dari rumah atau ketika menambat unta (kenderaan), kerana semua itu dikenali sebagai sunnah ALLAH."



Hakcipta Terpelihara
Dikemaskini oleh Asmahani
(28 Nov 2023))

No comments:

Post a Comment