Justeru ruangan ini saya khaskan hanya untuk koleksi madah-madah dari pujangga-pujangga terkenal seperti yang tersenarai di bawah, contohnya Saidina Ali Bin Abu Talib ra, Lukman al-Hakim, dan sebagainya
Keseluruhan madah-madah di sini dari rancangan Radio - Madah dan Lagu atau bahan-bahan bacaan, seperti majalah dan sebagainya. Ungkapan Kata-kata dari:
Para Sahabat Nabi saw | Ulamak | Pujangga Timur Tengah |
Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra, Saidina Umar ibn Al-Khatab ra, Saidina Ali Bin Abu Talib ra, | Lukman Ul-Hakim, Imam Al-Ghazali, Imam As-Shafie, Imam Al-Muslim, Imam Nawawi | Abdullah Ibnu Abbas, Mohd Bashir Al-Ibrahim, Al-Mukmin Al-Tanawi, At-Tabrani, |
Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra:
Beliau merupakan Khalifah Pertama setelah kewafatan Rasullullah saw dan seorang sahabat Baginda yang sangat mengasihi Baginda Nabi saw. Adalah ayahanda kepada Saidatina Aishah ra, sekaligus merupakan ayah mertua Rasullullah saw. Mendapat panggilan Abi Bakr atau Abu Bakr yang bermaksud bapa dara. Yang mana Saidatina Aishah satu-satunya seorang gadis yang Nabi saw nikahi.
Saidina Abu Bakar ra adalah satu-satu sahabat Nabi saw, yang menemani Baginda berhijrah ke Madinah. Beliau juga menemani Baginda Rasul bersembunyi di dalam gua ketika mereka dikejar oleh orang Quraish sewaktu perjalanan ke Madinah.
* Barangsiapa yang sanggup menangis maka hendaklah dia menangis. Dan barangsiapa yang tidak sanggup menangis maka hendaklah dia buat-buat menangis.
* Ingin aku menjadi kuda sahaja kerana aku takut pada siksaan Allah
Saidina Umar ibn Al-Khatab ra:
Beliau merupakan Khalifah Kedua setelah kewafatan Rasullullah saw dan seorang sahabat Baginda yang banyak mengumpulkan keratan-keratan Al-Quran. Saidina Umar ra. sangat terkenal dengan sifat keberaniannya. Orang-orang Quraish sangat gerun mendengar nama Saidina Umar.
* Periksa dirimu sebelum kamu diperiksa Tuhan
* Pemimpin negara yang paling celaka dan terkutuk ialah pemimpin yang menyebabkan rakyatnya banyak ditimpa bahaya kerana salah langkah-langkahnya
* Duduklah bersama-sama orang-orang yang bertaubat kerana mereka itu orang yang halus hatinya.
* Barangsiapa yang ikhlas niatnya, nescaya ia dicukupkan oleh Allah Taala di antaranya dengan manusia
* Aku tidak peduli apa yang akan terjadi pada diriku, menjadi kaya atau miskin. Sesungguhnya aku tidak tahu manakah di antara keduanya itu lebih baik bagiku
* Amal perbuatan yang afdhal ialah menunaikan apa yang difardhu oleh Allah Taala, warak (menjaga diri) dari apa yang diharamkan oleh Allah Taala, benar niat pada apa yang di sisi Allah Taala
* Haruslah engkau bersabar, dan ketahuilah bahawa sabar itu dua yang utama iaitu sabar pada waktu musibah dan yang paling utama sabar daripada melakukan apa yang diharamkan oleh Allah Taala. Sabar itu dengan memiliki iman. Taqwa itu kebajikan yang utama dan taqwa itu dengan sabar.
Saidina Ali Bin Abu Talib ra:
Beliau merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam setelah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul, kerana beliau adalag anak angkat Rasullullah saw. Beliau adalah golongan pemuda Islam yang sekaligus menjadi menantu Baginda Rasul saw yang paling banyak mewarisi khazanah wahyu dan hadis Rasullullah. Kata-kata hikmat dari beliau:
* Iman itu dibangunkan di atas empat tiang iaitu yakin, sabar, jihad dan adil.
* Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan kepada dirinya, menjadi kusir (saiz) kepada nafsunya dan menjadi kapten kepada bahtera hidupnya.
* Sabar itu ada dua macam:
Sabar dalam menyingkirkan apa yang kamu tidak suka dan Sabar dalam mengejar apa yang kamu suka.
* Harga kebaikan manusia ialah menurut apa yang telah dikerjakannya.
* Orang yang hanya memikirkan tentang urusan-urusan perutnya, maka harga dirinya serupalah dengan apa yang keluar dari perutnya
* Kecantikan dan kemuliaan sesaorang itu tidaklah pada lagak pakaiannya, tetapi kecantikan ialah pada ilmu dan kemurahannya.
* Kedudukan sabar dalam iman ibarat kedudukan kepala bagi tubuh, tidak ada tubuh tanpa kepala dan begitu juga tidak ada iman tanpa adanya sabar.
* Ilmu itu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu menjaga kamu tetapi harta, kamu terpaksa menjaganya. Ilmu juga semakin banyak jika kamu pelajari tetapi harta, semakin berkurang jika kamu perolehi.
* Dunia ini kegelapan, ilmu adalah sinarnya. Sedangkan ilmu tanpa kebenaran adalah ilmu tanpa sinar.
* Manusia itu bersembunyi di bawah lidahnya.
* Semua bekas-bekas akan menjadi sempit kiranya diisi kecuali otak manusia yang diisi dengan ilmu pengetahuan.
* Tawarkan jiwamu pada masyarakat dengan harga semurah-murahnya.
* Tiada sesiapa yang dapat menyembunyikan sesuatu, kecuali timbul dalam kesasulan lidahnya atau pada airmatanya.
* Siapa tetap ingatkan kematian maka kehidupannya akan penuh diliputi dengan kesucian.
* Carilah kawan yang setia dan carilah ilmu dengan bersungguh-sungguh. Cakap kawan setia yang jujur lebih besar harganya daripada harta yang diwarisi oleh nenek moyang.
* Cantik muka dan busuk hati samalah dengan pelita di atas kubur majusi.
* Kalau kau mencari kesenangan dengan nafsu maka ingatlah kiranya hanya di perut maka keldai lebih banyak makanannya. Kalau hanya berkelamin maka babi lebih berjaya dari itu.
Lukman Ul-Hakim:
* Hati manusia itu ladang. Tanamlah padanya perkataan perkataan yang baik-baik.Supaya jika tidak tumbuh semuanya akan tumbuh sebahagiannya.
* Wahai anakku jadikan lah dirimu seperti garam agar dapat menyelamatkan ikan. Jangan lah kamu jadikan dirimu langau yang boleh menjadikan ikan busuk.
* Jika engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu
Jika engkau berada di dalam orang ramai, jagalah lidahmu dan
Jika engkau berada di dalam majlis, jagalah perangaimu
* Jadikan lah takwa pada Allah sebagai perniagaan nescaya akan datang pada engkau keuntungan tanpa jualan
* Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat itu belum banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh itu lebih dari cukup
* Ada 3 jenis manusia yang dikenali di dalam 3 perkara:
I - Seorang yang lembut hati dikenali ketika dalam kemarahan
II - Seorang yang berani dikenali sewaktu dalam perjuangan
III- Seorang saudara sebenar akan dikenali ketika dalam keperluan
* Contohilah ikan oleh kerana jiwanya hidup, ia tidak dapat dimasinkan oleh air laut
* Dengan pengalaman sendiri lebih besar kesannya daripada orang lain
* Hai anak-anakku. Janganlah engkau tangguhkan taubat sesungguhnya mati itu datang dengan tiba-tiba
No comments:
Post a Comment