Sempena Kedatangan Bulan Rejab 1446H pada Hari Sabtu, 1hb Rejab 1446. Bersamaan 1 Januari 2025.
Pengertian Rejab ertinya "mulia". Bulan Rejab bulan mulia, dinamai oleh bangsa Arab dahulu sejak sebelum datang Hijrah Bulan Rejab mereka sudah memuliakan. Nabi saw menganjurkan supaya kita mengerjakan puasa sunat pada bulan ini
Menurut Hadith Rasulullah saw yang bermaksud: "Di dalam syurga ada sebuah sungai yang dinamai Rejab. Airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan, lebih dingin dari salji. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab akan diberi Allah minum air sungai itu" (HR Al-Baihaqi)
Dari Hadith yang lain Rasulullah saw bersabda: "Di dalam syurga ada sebuah istana megah untuk orang -orang yang berpuasa dalam bulan Rejab" (HR Tabrani)
Doa dari Syeikh Abdul Qadir Jailani untuk menyambut awal Rejab
Doa dari Syeikh Abdul Qadir Jailani untuk menyambut awal Rejab
"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yand Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
- Surah Al-Isra, ayat 01.