Autobiografi Para Cendiakawan Islam

AUTOBIOGRAFI PARA CENDIAKAWAN ISLAM

(Biograpi-biograpi ringkas ini dipetik dari beberapa bahan bacaan saya,
ia-itu buku-buku dan kitab-kitab rujukan yang muktabar)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

IMAM BUKHARI

Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Mughirah bin Baridzbah. Beliau dikenali dengan panggilan Abu Abdullah. Datuk beliau adalah A-Mughirah, keturunan Arab yang telah memeluk Islam di hadapan al-Yaman al-Ju’fi, seorang tabi’in.

Beliau dilahirkan di Bokhara (Bukhara) pada 13 Syawal tahun 194H (810M) bertepatan pada hari Jumaat. Beliau dikenal dengan nama Imam Bukhari kerana nisbah kepada negerinya ia-itu Bukhara, Uzbekistan.

Ketika usia beliau 16 tahun, beliau pergi ke Mekah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Sewaktu berusia 18 tahun, beliau telah dapat menghafalkan 70,000 hadis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

IMAM SYAFI’I

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafi bin Saib bin ‘Abid bin Abdu Yazid ibnu Hisyam bin Muthalib bin Abd Manaf. Abdu Manaf adalah nasab Rasullullah saw.

Manakala ibunda Imam Syafi’i bernama Fatimah binti Abdullah bin Al-Husain bin Ali bin Abu Thalib. Bereti Saidina Ali ra adalah moyang (ninda) kepada Imam Syafi’I ra. Dilahirkan di Gaza pada tahun 150H.

Ketika berusia 2 tahun bundanya membawa beliau ke Mekah agar beliau tidak hilang nasab keturunan beliau. Ketika berusia 10 tahun, ibunya mengarahkan beliau menimba ilmu pengetahuan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

IMAM NAWAWI

Nama sebenar Imam Nawawi adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf Al-Nawawi. Beliau dilahirkan pada 631H bersamaan 1233M, di kampung bernama Nawa, di luar Kota Damsyik (Damascus) di negeri Syria. Oleh itu nama Nawawi diambil sempena nama kampung kelahiran beliau.

Ketika berusia 19 tahun beliau melanjutkan pelajarannya di kota Damsyik.

Hampir kesemua Hadis-hadis koleksi Imam Nawawi diambil dari Imam Bukhari dan Muslim yang mana diriwayatkan oleh Sahabat-sahabat dan ahli keluarga Rasulullah saw.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

IMAM GHAZALI

Sebenarnya nama beliau ialah Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Bin Ta'us Ahmad At-Tusi Asy-Shafie. Beliau dilahirkan pada 450Hijrah (1058 Masehi) di Tabaran salah sebuah kota di Tus.

Beliau dikenali dengan panggilan Al-Ghazali kerana datuk saudara beliau yang juga amat dikenali bernama Abu Hamid Al-Ghazali, sangat masyhur dengan Ilmu Kalam dan Ilmu Fiqih.