Terlebih dahulu saya mohon maaf pada anda yang menglungsuri blog ini. Bagi diri saya yang dhaif andainya terdapat kesilapan dalam perkataan-perkataan atau ungkapan yang tidak tepat.
Kesemua Hadith-Hadith Rasullullah merupakan koleksi dari catatan saya sendiri, melalui Asatizah yang saya ikuti kelas-kelas mereka. Sebahagian besar dari petikan Rancangan Radio - Madah dan Lagu, Berita Harian -Mutiara Kata, Renungan Sejenak atau Hadith Minggu Ini.
Sebagai tambahan Hadith-Hadith dari majalah atau dari kalender-kalender Islam. Anda juga boleh perolehi koleksi Hadith Riwayat perawi yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi
Petikan Dari Rancangan Radio
1) Ingatlah Allah di waktu kamu lapang, maka Allah akan mengingat kamu di waktu kamu sempit
2) Engkau disebut insan bukan kerana tubuh kasar mu, tetapi disebut insan kerana jiwa mu
3) Orang Mukmin yang paling baik ialah orang yang dapat memelihara lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain.
4) Jauhilah diri kamu dari berhutang kerana berhutang menyebabkan kamu dukacita di malam hari dan hina di siang hari.
5) Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, janganlah ia meminum arak. Dan barangsiapa yang beriman pada Allah dan Hari Kemudian juga jangan duduk bersama-sama orang yang meminum arak.
6) Akan datang suatu masa menimpa umat Islam, di mana mereka dikerumuni laksana mengerumuni hidangan.
7) Cinta pada tanahair sebahagian dari Iman.
8) Amanah itu membawa rezeki, khianat itu membawa kepapaan.
9) Jauhi diri kamu dari meminta pertolongan pada sesaorang, nescaya engkau jadi setanding dengannya.
10) Meminta bantuan kepada orang lain nescaya engkau akan jadi hambanya. Dan berbudilah pada orang lain nescaya engkau jadi tuan padanya.
11) Andainya engkau tidak dapat membantu saudara-saudara mu dengan harta, lapangkanlah mereka dengan budibahasa.
12) Bukan orang yang gagah berani itu, yang dengan cepat menerkam musuhnya. Orang yang berani adalah orang yang dapat menahan nafsunya daripada marah.
13) Janganlah kamu berjalan dengan berlenggang kerana bumi ini bukan kamu yang menjadikan.
14) Jangan memaksa orang sakit untuk makan dan minum, kerana Allah yang memberinya makan dan minum.
15) Selalunya orang memileh wanita untuk dijadikan isteri atas 4 perkara:
* Kerana Kekayaannya
* Kerana Kebangsawanannya
* Kerana Kecantikkannya
* Kerana Berugama
16) Sebaik-baik isteri ialah apabila engkau memandangnya akan menyenangkan hatimu. Apabila engkau menyuruhnya, ia taat dan apabila engkau tinggalkannya ia akan menjaga dirinya dan hartamu.
Petikan dari Suratkhabar - Berita Harian
17) Tahukah anda terhadap siapa diharamkan neraka?
Ia-itu bagi orang yang lembut hati, ramah-tamah dan mudah didekati.
18) Barangsiapa yang telah mengenal dirinya, nescaya dia telah mengenal Tuhannya.
19) Ilmu itu barang orang mukmin yang hilang dan hendaklah dipungut di mana saja ia terdapat.
20) Iman bukannya angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi ia tetap teguh dalam hati dan membenarkannya dengan perbuatan.
21) Pahlawan bukanlah orang yang berani menetak pedangnya ke pundak lawannya, akan tetapi pahlawan yang sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dari marah.
22) Orang yang percaya kepada Allah itu seperti emas, kalau dibakar boleh menjadi merah, tetapi sesudah itu jika ditimbang semula beratnya tidak akan kurang.
23) Takutlah diri mu kepada Allah seolah-olah engkau selalu melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, tetapi Allah sentiasa melihat gerak-geri mu.
Cuba selalu periksa dirimu sebelum maut menyentuhmu. Takutlah kepada permohonan orang yang teraniaya kerana permohonannya akan dikabulkan Allah
24) Tidaklah baik bagi kamu meninggalkan dunia kerana akhirat, juga meninggalkan akhirat kerana dunia. Tetapi sebaik-baik kamu ialah mereka yang mengambil kedua-duanya (Dunia dan Akhirat)
25) Ada empat macam bilamana sesaorang mempunyai keempat-empatnya, seolah-olah dia mempunyai seluruh kebajikan dunia dan akhirat:
* Lidah yang selalu memberi ingat (berzikir)
* Hati yang selalu berterima kasih
* Tubuh yang selalu tabah atas setiap bencana yang datang, dan
* Isteri yang tak pernah mengkhianati suami
26) Barangsiapa yang hatinya terminum air cintakan dunia, sampai dia telah senang betul dengan dunia, maka kepadanya dunia akan memberi kebimbangan yang tidak habis-habisnya, angan-angan yang tiada berkeputusan dan tamak yang tidak berhabisan
27) Pahlawan bukanlah orang yang berani menetak pedangnya ke pundak lawannya, akan tetapi pahlawan yang sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya sewaktu marah.
Dikemaskini pada 20 Rabiul Awal 1436
bersamaan 11 Januari 2015
No comments:
Post a Comment