Monday, February 24, 2025

Bulan Yang Mulia dan Yang Di Nanti-nantikan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

pada 1hb Ramadan 1446H

bersamaan 2 March 2025.


Bulan yang dinanti-nantikan orang yang soleh.
Ini adalah niat dan doa berbuka puasa:

Bulan yang penuh keberkatan, yang mana:

10 malam pertama Allah swt kurniakan Rahmat,
10 malam keduanya diberi keampunan dan
10 malam terakhir dibebaskan orang-orang yang beriman dari azab api neraka.

Dan turunnya Surah Al-`Alaq (di atas) sebagai tanda Allah memberi keistimewaan pada Ramadan. Ia-itu pada malam 17 Ramadan jatuh nya Malam Nuzul Qur'an.
Untuk berkongsi dengan anda saya lampirkan lelaman Al-Quran, untuk sama-sama kita bertadarus atau sekurang-kurangnya mendengar ayat-ayat Allah ini dalam bulan Ramadan nanti.


Ambillah kesempatan dengan mendengar ayat suci ini yang sama pahala sebanyak 10 pahala bagi setiap ibadah fardhu di bulan lain. Sambil melayari internet anda boleh mendengar di rumah atau di pejabat. Semuga Allah memberkati kita semua, InsyaAllah.
Saidina Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Jika kita dapat menghayati keistimewaan atau kelebihan Ramadan kita tak mahu ia pergi. Seperti senikata  lagu dari Maher Zain.


Salah satu keistimewaan bulan Ramadan adalah terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Yang bersamaan 83 tahun. Dalam Hadith Rasullullah saw (yang diriwayatkan oleh Anas ra) : "Malam Qadar itu hanya dikurniakan ALLAH kepada umatku dan tidak kepada umat yang lain." Sebagaimana ALLAH swt berfirman dalam Al-Quran, Surah Al-Qadar: 



* Mari kita hayati lagu (Klik >>) Lailatul Qadar oleh Kumpulan Raihan




Lelaman Utama


Dikemaskini pada 10 Dec 2024
Hak Cipta Terpelihara (Asmahani Ali)



  

No comments: